Tuesday 24 November 2020

END OF FAIMAR STORY


HAII my bloggers, uish lamanya saya tak menaip dan story. Yang mana lama bermain blog dan tahu kisah saya mesti tahu lah kan kisah percintaan saya. Okay masuk tahun ni genap 8 tahun hubungan percintaan kami 4/06/20 hari tu. Saya sejujurnya nak story yang hubungan saya dengan "F" sudah berakhir bulan lepas. 

Hubungan ini berakhir ada kesilapan saya jugak terlalu sibuk dengan kerja baru yang kononnya boleh dapat income banyak. Tetapi memang boleh bagi income banyak that is "BIGO LIVE". Saya start kerja jadi host sebagai bigo bulan Julai 2020. Masa tu main suka suka just buat live macam biasa n then ada member dari satu agency ni offer untuk jadi host. Masa tu berfikir 2-3 kali patut ke tak ye. Masa tu saya cerita lah dekat "F" sebab on the first place dia yang suruh main BIGO sebab boleh buat income. Di saat itu memang kami tengah kumpul duit nak bertunang bulan 12 semua. So fikir if i join BIGO boleh tambah duit apa semua lah kan. 

Semasa saya bekerja sebagai host dalam BIGO pada bulan Ogos. Tu bulan pertama saya start kerja sebagai host and then start awal bulan september hubungan kami makin dingin. "F" cakap saya dah berubah terlalu taksub and sampai lupakan dia, pentingkan kawan-kawan dalam bigo berbanding dengan dia. Buat live sampai pagi semua. Okay kat situ nampak kesilapan saya, dia tegur and yup saya ubah lah waktu kiranya sebelum ni saya live je pukul 9 ke apa semua. But bila dia tegur, saya live lambat sikit kiranya after dia habis kerja terus on the phone, luangkan masa and dengar dia story apa semua kan. 1-2 minggu okay lah bila saya buat semua itu. Suddenly, setiap kali on the phone dia perli tentang bigo semua kat situ tercetusnya perbalahan n saya nampak dia tak faham kerja saya semua. 

Susah sangat ke nak faham kerja saya. Dia mula kata saya tak menghargai dia, Tuhan saja tahu bertapah saya sangat teramat hargai dia. But bila kesilapan saya terlalu busy nak kejar task sebab nak completekan. If tak completekan task, gaji tak dapat so rugilah. Saya bersyukur dia top support saya dalam live BIGO. bukan kata dia tak support saya, dia support sahaja dari segi "DIAMOND" cuma dari segi mental saya dia tak support. When we on the phone, he always perli perli, bila time saya malas nak live kiranya nak luangkan masa dengan dia but dia cakap "lah kenapa tak buat live nanti tak dapat income kang, pergi lah live i okay je". me be like "apa masalah u ni, i nak luangkan masa dengan u pertikaikan pulak, apa u nak sebenarnya!".  Setiap kali on the phone suka perli macam tu dan cemburu dia tak bertempat. Okay saya tak kisah dia nak cemburu, cemburu kan tanda sayang betul tak gaiss, but biarlah bertempat. He jealousy because of dalam BIGO u gaiss boleh naik VC berbual dengan host, so live saya ramai lelaki yang naik vc. Perempuan jarang naik VC, so dia mcm tak puas hati lah and lelaki yang naik pun satu hal buat pickupline semua. bak kata "PHP" ( PEMBERI HARAPAN PALSU) tapi for me anggap tu fake and sekadar gurauan. On his behalf, dia take that as a reality, and mula tuduh tuduh saya ada kekasih dalam tu. 

Honestly, i didnt have a boyfriend on that BIGO, memang saya ada rapat dengan beberapa lelaki dalam bigo but only as FRIENDS NOT MORE THAN THAT, but he still menuduh. Sampai tahap saya give up dengan sikap dia. Saya tak boleh nak go on, saya rasa serabut sangat masa tu saya terlalu ikutkan emosi saya. Pada bulan oktober hubungan kami makin teramat teruk, whereby saat tu saya serabut saya buat tak layan dia dan saya lebih suka untuk berbual dengan rakan bigo saya and open multi guest live room but main game. Saya abaikan dia, sebab geram sangat kalau on the phone asyik gaduh je. Perempuan mana je boleh tahan, bila saya ajak main bigo and join berkawan semua dia menolak. 

THIS WILL BE CONTINUE LATER, I GOT JOB NEED TO BE DONE
OH AUDIT REPORT. K BAIII GENGG
LOVE U ALL


Thursday 23 January 2020

LAST YEAR IN KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI


Salam sejahtera followers and readers sesiapa yang masuk tu follow lah blog Mar😉
maybe untuk tahun ni saya akan rajinkan diri update blog 1 week sekali ke sy update hehe. Bw untuk tahun 2020 merupakan tahun akhir mar dalam jurusan Bachelor in accounting and finance ada beberapa bulan je lagi nak final exam but i'm still tak ada rasa nak sentuh kertas or latihan untuk mengulangkaji pelajaran tak tahu lah kenapa. Is there anyone ada tips tak untuk seru mood rajin belajar ni heee. 

Semangat nak belajar tu MasyaAllah apa teruk sangat 18 kali mar cuba sedaya upaya tapi kali ke 19 pon tak mampu jugak kenapa ye setan malas mana yang ada ni ye teruk sangat sikap dye. Kerja jangan cakap banyak betul suka menangguh hehe. Homework lecterur tak yah cakaplah last minute mula lah whatsapp member " babe ada jawapan tak ?" 😆😆 cuba teka sebab apa mintak jawapan 😏 of course mar nak salin supaya nanti masuk kelas tak kena marah dengan lecterur sebab tak siapkan kerjanya. 2019 tahun lepas bukan main azam dia kononnya kalau ada homework nak stay library nak buat siap heeee... tapi hangat taik ayam je semua cadangan nak berubah kearah kebaikan
tak sedar diri ni dah lah lemah dan sukar nak memahami. Tapi kalau dah faham tu tak yah cakap lah kekal betul dalam ingatan

its okay doakan lah yang terbaik untuk mar for my last year of degree in AF ni. Ouchh 

TAHUN 2020



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, wuishhh berhabuk betul ye ! blog ni hampir 1tahun lebih tak buka kerana kesuntukan masa atau dah lupa yang empunya diri ada blog huhu. 
bw gaiss sekarang saya sudah menjadi pelajar ijazah dalam jurusan accounting dan finance di KPTM bangi. First of all saya dah habis diploma pada 2018 dan xsempat nak story macam mana perjalanan kehidupan itu ini sepanjang diploma.
So hari ni takde pon ank cerita apa-apa sangat just cuba nak kemas kini akaun blog ni je heee
okayy itu je lah daripada saya ada masa saya menaip lagii ye
byeee dear followerss 💓

Saturday 26 May 2018

6 years


haii , selamat malam semua lama saya tak update blog ni maybe almost one year hehe. Oh yea back to the topic 6 tahun huh , apa eh hehe . siapa pernah membaca kisah percintaan saya since 2013 dalam blog ni tahu lah sesi pahit dan manis tuh huhu . Okayy 4 june 2018 ni genap 6 tahun hubungan kami , sepanjang 6 tahun bercinta ni seriously to say banyak sangat cabaran si dia curang 3x rapat dengan perempuan adik angkat lah and so on . okayy disini saya xkata dye yg banyak salah , salah dri sy jugak tapi salah-2 saya , sy xcurang dgn dye banyak kali , rapat dgn laki tapi sy tahu batas kwn laki saya tu macam mana nak chat masa bila pukul berapa semua. Last dye curang tahun baru hari tuh korank bayangkan 5bulan dye duk jauh kerja and guess what 3 bulan dye boleh curang dgn aku . HELLO gaiss aku 3 tahun belajar di KPTM kuantan takdenya do nak ada jantan setia nk mati siakkk cuma layan lah ada sorang mamat ni but kawan dan xlebih as a friends kan , and bila si dye jeles aku layan mamat yg aku layan ni aku stop lah. Tapi si dye ?? nope stop.

Aku sabar dan terus sabar since now , aku letak kepercayaan dkt dye semasa dye pujuk aku balik , aku bagi dye peluang lagi tapi korank tahu apa dye tipu lagi tipu lagi still contact dgn ex dye yg 3bulan couple tu , ko rasa perempuan mana xmengamuk doo. Serious since aku tahu tu aku terus mengamuk giler aku bukannya jenis yg pendam dulu jelah pendam , skrg aq mudah open dan letupkan terus sebab panas kott dye buat macam tuh , bila aku tanya kenapa contact ?? nak lagi ke ?? and dye kata "Nak apanya dye dah ada pakwe pon lah, saja nk tanya khabar". and i said "tanya khabar kepala hotak ko" sorry gaiss aku jadi brutal selepas dye banyak curang dgn aku , dulu yes aku naif sangat pijak semut xmato betul aku lembut giler dulu but setelah 3tahun aku kenal mamat ni since that aq berubah perangai. Aku jenis xsuka org pijak kepala aku macam tu dengan mudah je.

Paling dasyat musuh aku 3orang , haha 3orang perempuan yg hadir dalam hidup dye , ye lah korank bayangkan 3 perempuan salah satu drpd mereka chat aku burukkan pasal si "F" aku ni ko rasa ?? mula-2 aku termakan lah and then aku tanya dye si "F" si "F" macam masa biler plk , sekali bila aku jadi FBI hahahaha terbongkar minah tu fitnah puncanya dye nak balas dendam dkt si "F" , aku pon apa lagi marah lah si "F" macam sengal je. 2 orang lagi tuh BFF dye kononnya BFF tapi minah tu gedik nak mampus , tudung bapak macam ustazah tapi suara lunak giler dengan lelaki terutama bila si minah ni dgn "F" ko rasa hello aku pon ad BFF lelaki tapi xdenya aku nk suara lunakk gitu dgn bff laki aku , aku jaga batas kott beragak lah sebab tu orang kata , pakaian dah jaga tapi perangaii mcm apa jee. perilaku xelok gilerr. dan xleh blaa BFF dye boleh tipu aku eh kalau ko salah kenapa senyap beranikan lah diri , orang yg xberani ni nak ngaku salah ni seriously aku label LOOSER. aku mmg xsuka manusia yg xngaku salah ni , style aku kalau aku salah yes aku ngaku terus , sbb kita buat silap. Tak payah lah nak tipu tutup kesalahan tu mcm orang bodoh serious sebab aku dah tunjuk bukti boleh xngaku bodo jee . 

hahaha maaf gaiss banyak toll sebut *bodo* negatif punya posting haha bw nanti lah sambung balik mata dah rabak esok nak bangun sahur hehe
babai love u ll

Tuesday 3 January 2017

My Facebook Page

https://www.facebook.com/marinijamtangan/


Good afternoon my darlings followers , 9 hari lagi sebelum diriku nak masuk kolej . Rindu Mama n abah lah nanti , terutama sekali bilik aku hahaha , katilku almariku meja solek ku uwaaa , ye lah kat rumah sewa kolej mana ada , kecik je haha . okayy hari ni saya nak cerita tentang facebook page saya yang comel cun cute miut gituu bw page ini saya buat tujuan bisnes agent dropship saya , iaitu saya jual jam tangan G-shock , Bonia , Fossil dan macam-macam lagi lah jam hebat . Mesti tertanya original ke kak ? kualiti dye ? okayy jam yang saya jual dalah copy original . ada jam yang saya jual copy dye sebijik dengan original dan kualiti dye sama dengan original cuma harga dye separuh daripada original means kalau pasaran 400 , kami jual 200 sahaja murah kan ! murah sangatt !

Sekarang ini , sempena awal tahun , saya buat promosi set couple G-shock khas untuk couple di luar sana , suami isteri ke , ikutlah yang penting berpasangan , sesuai lah nak jadikan untuk hadiah hari jadi ke annivesary ke , ikut korank lah ye huhuu. So sesiapa darlingss followers i ni yang ada facebook , sudi lah LIKE & FOLLOW page saya ye , Thankss dearr :) 

Just klik banner di atas untuk ke page saya :)