Saturday, 15 October 2016

BEBASKANKU



Lagu BEBASKANKU adalah sebuah monolog, menceritakan tentang diri kita semua yang tidak tahan lagi hidup bermaksiat, dan mahu bebas serta kembali pada yang Maha Agung, Allah.

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu Asal: EXO
Mixing: Amin Nordin
Video: Afiq Jamil


VERSE:
Ku merenungi segala dosa dosaku,
Aku menghitung segala dosa dosaku..


Sungguh ia tidak terkira,
Sungguh ia tak terkata,
Hidupku bagai hanyut,
Terumbang ambing dgn dosa.

CHORUS:
Ku tidak tahan lagi hidup jauh darimu,
Ku tidak tahan lagi hidup dgn dosa,
Ku rasa hina malu denganMu,
Setelah apa yang ku laku,


Ku tak berdaya lagi,
Ku mahu kembali..

VERSE 2:
Ku merasa pilu melihat diri aku sendiri,
Ku rasa sayu hidupku tiada arah dan tuju..

Apa gunanya hidup ini,
Andai kau murka kepadaku,
Ku mula menyesali,
Ku menangisi dosa lalu.

CHORUS:
Ku tidak tahan lagi hidup jauh darimu,
Ku tidak tahan lagi hidup dgn dosa,
Ku rasa hina malu denganMu,
Setelah apa yang ku laku..

Ku tak berdaya lagi,
Ku mahu kembali.

Bebaskan daku,
Dari nafsuku..
Merdekakan ku,
Dari dosa noda,
Ku rindu padamu, Allah.
Bebaskanlah diriku..

BRIDGE:
Tanpamu siapalah diriku ya Allah, siapa diriku?
Ku damba kasih mu (wahai tuhanku), redhamu ( Allah tuhanku)
Oooohhh

CHORUS:
Ku tidak tahan lagi hidup jauh darimu...
Ku tidak tahan lagi hidup dgn dosa,
Ku rasa hina malu denganMu,
Setelah apa yang ku laku,


Ku tak berdaya lagi,
Ku mahu kembali...

Bebaskan daku,
Dari nafsuku,
Merdekakan ku,
Dari dosa noda,
Ku rindu padamu, Allah..

Bebaskanlah diriku...

VERSE AKHIR:
Ku merenungi segala dosa dosaku,
Aku menghitung segala dosa dosaku.

Sunday, 24 July 2016

“Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh”



KLIK DISINI JIKA NAK JOIN 
rugi tak join , prize dye berbaloi bagi pemenang so jom joinn 
:D

Friday, 1 July 2016

Mula degil tapi Akhirnya terima



Okayy pagi nim ada sedikit luahan hati . Sesungguhnya aku tidak tahu nak mula daripada mana . Okayy aku mula dari kisah aku dengan sahabatku . Masa itu aku kongsi kisah cinta lama aku . Dye marah sebab aku still contact dengan ex aku dan jadikan ex aku sebagai abang , siyes bengang sangat kawan aku tuh , dye kata aku akan selalu sakit kalau aku still ada disisi ex aku tuh meskipun sebagai abang n adik , dye suruh aku fikir banyak-banyak dan dengar cakap dye . Kata yang ex aku tuh kalau dye nak kat betol-betol kat aku balik ex aku akan terima aku balik tak payah nak suruh aku tunggu sedangkan dye berhubungan dengan yang lain . Time tuh aku keliru berfikir sejenak dan aku cakap okayy jap bagi saya masa fikir and nanti saya call awk balik kayy . Tiber-tiba terdetik diri ini nak membuka wechat and WOW !! what a lifee , Allah nak tunjukkan kat aku terus dan dengar kawan aku cakap . Allahuakabar Allah menmang sayangkan hamba-Nya dye tak nak aku sakit kalau still kat sisi ex aku tuh sebagai abang and bff . hakikatnya bila aku tengok semua tuh entah mengapa bagaikan sejuta duri dan pisau menusuk hati aku dan tak semena-mena aku rebah dan menitiskan mutiara aku yang agak lama kering nim bercucuran balik . Allahuakbar hanya Allah sahaja yang mampu mengetahui macam mana perasaan aku ini . Aku dapat lihat sungguh bahagia ex dengan si baru with bff dye capital K . Then aku muhasabah diri aku , bahagia sangat air muka dye hurmm , dulu dye tak bahagia ke hidup dengan aku why ? sebab aku halang persahabatan dye dengan bff (K) dye tuh ke . Akhirnya aku sedar . kadang-kadang aku rasa ini semua permainan yang dye mainkan . Tapi kenapa ? Berjanji bagai nak rak tapi tiba-2 huhu , aku tak sangka dalam masa yang singkat nim semua berubah sekelip mata . Allah uji aku dengan semua nim , aku hampir jatuh dan cuba bangkit balik nasib ada sahabatku yang bagi aku semangat untuk bangkit balik . Aku kecewa gila dengan ex aku .Sampai hati aku jadi kosong si kosongnya hanya kalimah Allah yang dapat aku sebut masa tuh untuk rawat hati nim . Ujian apa lagi kau beri kepadaku ini Ya Allah . tapi aku yakin Allah uji sebab dye sayang dan takkan semena-mena Allah nak tunjukkan aku itu hurmm . aku menangis dan akhirnya mata dah kering air mata . Sayang aku terhadap dia bertukar jadi dendam . tapi aku istighfar agar perasaan dendam tuh hilang alhamdulillah hati makin pulih .Akhirnya aku buat keputusan untuk block dye dalam semua laman sosial . aku akan pergi buat selamanya daripada hidup dye . Dye boleh tanya aku "jadi tak nak kawan rapat-2 lah .. k takpe" dye tak paham ke ? dye tak rasa ke apa aku rasa ? dye tak fikir ke perasaan aku . Sakit lh weii , aku pura-pura bahagia depan dye , supaya dye tak risau pasal aku nim , aku nak dye tahu yang aku kuat dan okayy , tapi akhirnya aku menmang lemah . lemah bila melihat semua tuh . Aku ingat dye akan pujuk aku tapi tidak , dye bukan lelaki yang aku kenal 4 tahun dulu , dye lain dye dah berubah !! lelaki yang dulu dah mati dalam hati nim . Huh ! sekarang aku cuba kuatkan diri fokus pada satu Allah ilmu dan family . Cuba rawat hati dengan dekatkan diri pada Allah . huh ! aku yakin Allah dah aturkan jodoh yang terbaik untuk aku maybe dye bukan terbaik untuk aku . . Sayang aku makin kurang bertukar jadi kosong kosong sangat kosong .


Thursday, 30 June 2016

Sejadah Cinta



Maaf malam ini ada sedikit pengkongsian hati yang aku ingin sampaikan . Tentang dia yang sangat aku sayangi , yang sangat aku cintai dan rindui . Aku pernah meminta pada Illahi agar perasaan ini lenyap tetapi malangnya tidak Allah membuat hati ini makin sayang malah Allah tutup pintu hatiku ini dan menjaga  merawat hati aku . Si dia yang dha ada pengganti aku di sisi . Aku happy sangat bila si dia happy sampai saat ini aku redha dengan kehilangan dye sebagai seorang kekasih dan menjadi seorang adik or sahabat baginya , menmang sukar untuk menjadi sahabat disisinya sedangkan hati ini tipu lah kalau kita tak kata cemburu bila si dia dengan pengganti ku itu . Tapi aku yakin pada Satu Allah . Setiap yang dilakukan-Nya ada hikmah . Dan aku yakin ada sebab kenapa Allah hadirkan perasaan sayang buat si dia kepada pengganti aku itu meskipun si dia kata masih menyanyangi diriku dan mengatakan dua-dua dia sayang tak lebih tak kurang pun . Dan sampai membuat si dia keliru bila aku meminta , aku atau si pengganti tuh . akhirnya Aku malas nak gaduh-gaduh aku amik keputusan untuk menjadi Along adik dan sahabat macam mula-mula kenal . Itu lagi baik , malahan aku siap text pengganti aku itu untuk menjadi kawan sebab aku tak nak ada perasaan dendam atas sebab cinta yang tak pasti ini . Aku tak tahu kenapa selepas sahaja aku text si pengganti itu dan hormat dye sebagai kakak aku rasa tenang , macam dalam hati aku ini ada batu yang berat baru sahaja di buang . Ya Allah hanya Illahi sahaja yang tahu bertapah redho nyer aku masa itu dan aku tak sangka aku pasrah macam itu sekali , mungkin aku menmang betol-betol sangat berserah semua pada Allah . Jujur aku tak mampu menyanyangi lelaki lain selain si dia . Dia amat special untuk aku . Perpisahan ini ada sebab aku tahu perpisahan ini Allah dah aturkan sebab Allah sangat sayangkan hamba-Nya dan Allah takut hamba-Nya terjerumus kepada perkara yang hamba-Nya tak pasti akan berlaku . Aku bersyukur sangat dengan perpisahan ini , meskipun hati ini amat merindui seperti dulu , bercakap telefon mesej everyday tapi diri ini cepat sedar . Semua itu adalah jalan-jalan mendekati zina . Dan hati ini menjadi benci kepada jalan-jalan itu dan tak nak ulangi lagi . Hati ini amat berserah pada Allah . Dan mampu berdoa dan solat hajat agar si Dia menjadi jodohku , Hati ini menunggu si dia untuk membuka balik pintu hati ini dengan Cinta Halal iaitu pernikahan . Aku yakin sejauh manapun kau berpisah , sebanyak manapun kau ingin bercinta dengan 100 org perempuan pown , kalau Allah nak kita bersama , sampai satu masa Allah satukan jugak . Aku yakin pada jodoh yang ditetapkan cuma aku sekarang hanya berdoa pada Allah dan menyebut namanya dalam sejadah cinta ku kepada Illahi . Aku kuat dalam menerima ujian dari-Nya kerana Allah sentiasa ada bersama hamba-Nya . Allah ingin aku jaga hati kepada yang betol-betol layak untuk menerimanya itulah suamiku yang entah sape . tapi diri ini berharap si dia , entah mengapa hati ini amat menyanyangi si dia . Adoiii aku syukur dengan perasaan ini Ya Allah Engkau yang hadir dan bagi aku simpan perasaan ini ada sebab . okayy lah cukup sahaja coretanku  nanti aku sambung balik :D

Monday, 27 June 2016

Si dia yang aku Sayang



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.